Saturday 1 June 2013

Membudayakan inovasi dalam sektor perkhidmatan awam

Antara intipati inovasi dalam sector perkhidmatan :~

  • Inovasi didefinisikan sebagai idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam di Malaysia.
  • Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau di’bakulsampah’kan hanya semata-mata ianya tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global, maka budaya pemikiran di ‘luar kotak kebiasaan’ perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikkan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.
  • Usaha pemupukan budaya inovasi di kalangan kakitangan awam sedang dipergiatkan oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dalam usaha meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam, Hari Kualiti telah digantikan kepada Hari Inovasi yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Sunday 28 April 2013

Rekaan penuh inovasi


TRADISI reka bentuk barangan perhiasan, Carrera y Carrera, yang diilhamkan daripada persekitaran alam semula jadi menjadi sebahagian daripada identitinya sejak berabad lalu.
Kini, rekaan bermotif haiwan kembali, sekali gus memberi wajah terkini kepada koleksi baru yang mengagumkan. Antara diketengahkan termasuk motif harimau, helang, ular, buaya, zirafah dan gajah yang diukir daripada emas. 
Koleksi berkenaan pasti menambat hati penggemar barangan kemas yang sukakan alam semula jadi dan haiwan. 

Ia menonjolkan reka bentuk yang penuh inovasi dan kreativiti, menjadikan setiap koleksi aksesori mewah berkenaan unik dan mampu memukau setiap mata yang memandang.

Koleksi berkenaan turut dihiasi permata berkilauan yang mampu menceriakan wanita yang mempunyai personaliti menarik selain mereka yang gemarkan sesuatu yang berbeza.

Melalui koleksi Bestiario, barangan kemas dihasilkan menerusi kerja pertukangan yang teliti dan penuh kesenian oleh tukang emas berpengalaman. 

Menerusi gabungan corak tradisi dan inovasi, Carrera y Carrera menawarkan perhiasan yang indah dan simbolik melalui koleksi terbarunya itu. 

Selain itu, peminat barangan kemas yang unik dan menawan pasti kagum dengan koleksi lain daripada Carrera y Carrera seperti Calipso, Circulos de Fuego, Soy-y-sombra, Atenea, Danza dan Concierto.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04

REKAAN BERUS CAT YANG SANGAT UNIK DAN INOVATIF


Berus cat digunakan untuk meratakan cat tak kira untuk lukisan atau pun untuk tujuan mengecat. Kebiasaannya berus cat berbentuk leper sahaja dan didatangkan dengan pelbagai saiz untuk memudahkan tugas-tugas mengecat. Tapi dalam pos kali ini kami ingin kongsikan koleksi rekaan berus cat yang sangat inovatif dan dapat memudahkan lagi tugas-tugas mengecat.
paintbrush02 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Hand Brush - letakkan tangan anda dan terus mengecat
paintbrush03 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Circle Brush - Berus dengan jangka lukis
paintbrush04 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Ballon Brush - Sesuai untuk mereka yang malas menggunakan tangga
paintbrush05 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Knuckle Brush - Kalau tak puas hati dengan dinding tu boleh tumbuk je hoho
paintbrush06 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Pen Brush - Rekaan berus seperti sebatang pen
paintbrush07 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Fork Brush - Tidak boleh digunakan untuk makan mee haha
paintbrush08 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Corner Roller - Penggelek yang sangat mesra dengan ruang sudut
paintbrush09 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Hand Guard Brush - Macam nak main pedang je ni haha
paintbrush10 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Whip Brush - Dah penat mengecat boleh main libas-libas
paintbrush11 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Pencil Brush - Berus bentuk pensel disertakan dengan pemadam sekali
paintbrush12 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Tiangle & Square Brush - Berus berbentuk segi tiga dan segi empat yang tiada motif
paintbrush13 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Circle Roller - Mana la tau satu hari nanti anda nak main gelek-gelek cat
paintbrush14 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Two Sided Brush - Berus dengan dua bahagian yang berbeza saiz
paintbrush16 Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif
Spatula Brush - Berus dengan spatula sekali
Unikkan berus tu semua. Untuk pengetahuan anda, berus di atas semuanya direka oleh Vanlentine sebuah syarikat dari Barcelona, Sepanyol. Seperti biasa jika nak tengok lebih banyak lagi produk yang unik dan menarik sila layari sumber kami.
cisdel mengecat Rekaan Berus Cat yang Sangat Unik dan Inovatif

5 idea inovasi anak muda Malaysia


1. Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substation Distribution System: Pereka muda yang berumur 30 tahun bernama Mohd Rhedwansyah Bin Salinri menghasilkan Automatic Circuit Breaker (ACB) yang berpotensi memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB.
Automatic Circuit Breaker (ACB)
Automatic Circuit Breaker (ACB)
Penggunaan ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas dan memastikan barangan elektrik kita tidak  rosak akibat daripada penyaluran voltan yang terlampau tinggi.
2. Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs): Dihasilkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching, Sarawak. Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan.
Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)
Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)
3. Asemo Green Wash: Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash” akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat Asemo G-Wash Enterprise.
Asemo Green Wash
Asemo Green Wash: Produk "Mobile Waterless Car Wash”
Produk ciptaan Pn. Rahayu Tasnim ini mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .
4. Adjustable Wheel Chair: Rekaan Mohd Khairuddin Bin Haji Ali Musa dan rakan-rakan. Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg.
Adjustable Wheel Chair
Adjustable Wheel Chair
Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.
Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.
15. Automatic Chicken Coop: Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.
Automatic Chicken Coop
Automatic Chicken Coop
Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).
Sebenarnya ada banyak lagi idea-idea kreatif dan berinovasi yang di hasilkan oleh anak-anak muda seluruh Malaysia,  namun yang aku paparkan hanyalah sebahagian contoh idea daripada sebilangan mereka sahaja. Idea dan inovasi diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutamanya pengguna. Sebuah pemikiran kreatif dan berinovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan dan penghargaan daripada pelbagai pihak terutamanya pelabur-pelabur dan masyarakat sendiri.

Saturday 27 April 2013

Kreativiti, inovasi dalam pendidikan


Pertandingan mereka cipta dan inovasi menyerlahkan daya fikir pelajar sekolah. - Gambar hiasan
ADA yang bertanya kepada saya jika kreativiti dan inovasi penting dalam pendidikan, mengapa ia tidak dijadikan sebagai mata pelajaran dan kurikulumnya diajar dalam bilik darjah.
Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre.
Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid.
Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid.
Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020. Bagi menanganinya tidak menghairankan mengapa kerajaan berbelanja besar dalam Bajet 2013 untuk pendidikan.
Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.
Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi itu. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru.
Sementara itu, inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak persaingan.
Sebagai contoh jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi ia digunakan sebagai alat hiburan, internet, kamera, penyampai maklumat, memberi pandu arah perjalanan dan membuat pelbagai pengiraan.
Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen dalam pengajaran mereka. Sebagai penyampai ilmu guru perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.
Mempunyai kemahiran sedemikian akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan akan disanjung oleh muridnya. Kualiti guru sedemikian akan membolehkan muridnya menguasai berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik.
Peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam merealisasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan warganya. Dengan perkataan lain pengurusan sekolah juga mesti kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru, berbudaya saintifik, penggunaan teknologi serta ICT secara meluas dan penggunaan tenaga sumber secara maksimum.
Pengetua dan Guru Besar bersama pengurusan tertinggi di sekolah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi sama ada di kalangan guru atau murid. Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya pendapat dan idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya.
Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan sebagai penyelesai masalah akan menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti aktiviti pembelajaran.
Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan sekolah perlulah memastikan berlaku sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, stail kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni.
Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam menguruskan organisasi pembelajaran. Selain mendapat latihan, berpengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu mempunyai dorongan dan komitmen yang kuat bagi membawa perubahan kepada sekolah.
Perlu ada visi dan misi, strategi dan perancangan yang baik. Bagi memastikan kejayaan perancangan tersebut mereka perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa.
Mempunyai ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi di kalangan murid, mempunyai daya usaha sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik.
Dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional usaha yang dilakukan oleh murid akan membuahkan kejayaan nanti.
Keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka dapat menggunakan teknologi dan ICT dalam pengurusan dan dalam bilik darjah. Sebenarnya teknologi tidak dilihat sebagai alat semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem pengurusan lebih efisien dan berkesan.
Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baru dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif.
Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa; "Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang.
''Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar."



Artikel Penuh     : KLIK SINI 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Inovasi Malaysia

Salah satu insiatif  MATRADE adalah untuk mempromosikan inovasi Malaysia ke arah global.

Malaysia adalah memulakan pada suatu fasa baru pembangunan untuk mewujudkan aspirasi untuk menjadi bangsa yang maju pada tahun 2020. Memandangkan perubahan domestik dan lanskap ekonomi global, inisiatif untuk meningkatkan daya saing nasional dan ketahanan akan diberikan keutamaan.
Dorongan utama dari Pelan Pembangunan negara adalah untuk menggerakkan ekonomi ke peringkat yang tinggi dan terus kekal untuk mengembangkan usaha inovasiyang lebih dari pengusaha.
Untuk melakukan inovasi, sesuatu yang lebih dari idea kreatif atau wawasan diperlukan. Wawasan harus dimasukkan ke dalam tindakan untuk membuat perbezaan asli, misalnya, dalam proses perniagaan baru atau diubah dalam organisasi, atau perubahan dalam produk-produk dan perkhidmatan yang diberikan.
Inovasi biasanya melibatkan kreativiti, tetapi ia tidak sinonim dengannya. Inovasi melibatkan tindakan idea-idea kreatif untuk membuat beberapa perbezaan yang khusus dan nyata di mana inovasi berlaku.
Bahagian ini adalah salah satu inisiatif MATRADE untuk mempromosikan inovasi Malaysia ke arah global. Laman ini memberikan anda senarai jenama yang sudah dikomersialkan, maklumat tentang Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang terlibat dalam R & D dan pengkomersilan buatan Malaysia selain maklumat tentang program dan aktiviti yang berkaitan.

                                  

Kenderaan Mutan Burning Man

Festival Burning Man adalah satu upacara tahunan yang diadakan di gurun Black Rock, Nevada Amerika Syarikat. Ia merupakan festival yang mengetengahkan hasilan dan eksperesi kreativiti serta kesenian yang kerapkali begitu eksentrik dan menarik.

Sama seperti Maker Faire, peserta Burning Man rata-ratanya terdiri daripada komuniti Tinkerer, Maker, dsb dari peringkat akar umbi.

Salah satu ciri yang cukup menarik di festival ini adalah kepelbagaian Kenderaan Mutan (Mutant Vehicles) yang dihasilkan oleh para peserta.