Antara intipati inovasi dalam sector perkhidmatan :~
- Inovasi didefinisikan sebagai idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
- Produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam di Malaysia.
- Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau di’bakulsampah’kan hanya semata-mata ianya tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global, maka budaya pemikiran di ‘luar kotak kebiasaan’ perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikkan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.
- Usaha pemupukan budaya inovasi di kalangan kakitangan awam sedang dipergiatkan oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dalam usaha meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam, Hari Kualiti telah digantikan kepada Hari Inovasi yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.